Cik Tigger dan Mr Pingu

Our Journey to The Big Day

Dewan Guthrie Sime Darby, Bukit Jelutong (III)

Hye all!

I received lots of email tanya pasal number phone En Jasni. The person in charge yang handle the hall based on my previous post pasal details of the hall.
So here you are, number phone En Jasni : 012 9279319

So after this no need to email me asked for his number. Sebab i jarang bukak email.. :)

Hope anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yg diberikan oleh beliau! Trust me! He is a wonderful person inside out!

Read More

Kad Kahwin

Pencarian kad kahwin ni pun actually agak meletihkan juga. For Cik Tigger, i nak kad kahwin yang simple sahaja.

1. No Picture : Sebab sedar diri sendiri tak berapa cantik..
2. Tiada Doa : Sebab nanti kad tu di buang orang juga.. so secara tak langsung doa tu pon di buang ke dalam tong sampah nanti..

Mula-mula survey dekat FB je.. banyak betul kedai kad kahwin yang berbagai.. terpulang nak yang macam mana je.. nak yang ekslusif.. mahal la kan.. tapi orang tengok.. and paling lama simpan pun untuk setahun.. lepas tu di buangnya.. beli la kad harga rm10 sekeping pon.. tetap di buangnya jugak nanti.

Then crossed by dekat FB CeriaKadKahwin.. sangat kenalah dengan nama FB mereka kan. Kad kahwin dia  pun tersangatlah ceria2 belaka. IF dengan dia orang ni.. senang je. Dia ada Pakej untuk 1 color, 2 color atau Full Color.. So paling murah 1 color la kan.. nak lagi ceria amek yang Full Color. Then boleh pilih nak finishing dia, No Finishing tu means kad art260gsm tu sahaja.. If Matte Finishing akan membuatkan kad tu agak berdebu sedikit tetapi hasilnya akan nampak lagi antik and ekslusif... or else amek Gloss Finishing.. nanti akan nampak tu berkilat and tahan air and warna lagi terang.. kalau nak jimat.. amek no finishing pun dah cukup ok.

sepanjang survey cik tigger ni, kad dia orang if 1 color 54sen, 2 color 59sen and 69sen untuk full color.. Tapi itu baru harga kad ye. and harga itu untuk 1000pcs.  Rm30 additional di perlukan untuk 1 map..

then cik tigger tanya la harga untuk 700pcs lak berapa.. surprisingly.. kalau untuk pengantin budget yang cerdik cam cik tigger ni, haruslah membuat pro and cons.. so if 700pcs, harga yang di quote kan ialah 70 sen utk 1 color, 77sen utk 2 color and 91 sen utk full color..

Ok,. skang cik tigger nak ajar matematik ye..

IF, kad utk 2 color, 

700pcs x 0.74 = RM539
1000pcs x 0.59 = RM590

memang la kalau beli 700pcs lagi jimat kan.. tapi if tambah lagi RM51 dapat lagi 300kad... mana satu lagi jimat?? RM51 untuk 300 kad bermakna satu kad jatuh harganya RM0.17!!

So, nasihat Cik Tigger.. its OK if nak jimat.. tapi jangan sampai tertipu!. mungkin anda akan kata, takpelah 300 keping kad tu.. nak buat banyak2 pun untuk apa.. nanti membazir and terbuang jugak.. and my answer... TAK PE je.. buat back up! mana tahu sok lusa kad kawen tak cukup ke kan.. and if banyak lebih pun.. apa salahnya.. buat wallpaper masa kenduri tu nanti.. hahaha.. tak pun.. jadikan TQ Card pun boleh je.. tiasa masalah.. otak harus kreatif dan inovatif!

Habis cerita pasal CeriaKadKahwin ni.. then pergila lah ke KadLestari.com.. memang banyak kan artis2 tempah kad kawen kat situ... but yang bosannya.. bila kita orang2 biasa ni pergi ke kedai dia.. haram eyh dia nak layan.. dia buat derk je.. kita tanya pon dia jawab2 macam tu je.. tak nampak sifat kesungguhan langsung.. so i decided to walk away!

then.. tiba-tiba terfikir nak design sendiri la kad kawen ni.. so my design wouldnt be same as others kan.. and rasanya kalau design sendiri and hantar for printing pon lagi jimat je kan!.

so bermulalah penghasilan kad kawen sendiri.. mula-mula try google kedai yg leh provide untuk printing je.. then terjumpa satu blog ni.. Sericetak.blogspot. actually dia buat business kad kahwin. And i notice harga kad kahwin dia SANGATLAH murah!! terus teruja.. and call person in charge dia and dia cakap boleh if nak design sendiri.. sebab slalunya kalau i survey, dia akan kata.. boleh guna design sendiri tapi dia akan caj rm50 for artwork.. ape jadahnye.. kita yg design, dia lak mintak upah.. siot je!!

so berbalik pada sericetak ni tadi.. dia kata boleh deisgn sendiri and dia orang tolong printkan.. tak de kos tambahan pon.. tapi kalau nak dia org design pun boleh juga.. if dia org designkan pon, still FREE.. and if purchase 1000 kad, dia bagi free satu bunting saiz 2'x5'.. wohooo.. alangkah seronoknya.. so terus google image and cari design kad kahwin..

Cik Tigger memang tengah in love dengan design English Vintage ni.. so apalagi, google image 'vintage wedding invitation card'.. so.. i fall in love with this design:


Then Cik Tigger apa lagi.. adaptasikan sahaja design ni ke kad cik tigger ni.. Mula-mula bukak la deviantart.com.. For those yang tak tahu, deviant art ni banyak sangat koleksi wallpaper yang cantik-cantik.. Dekat google memang tak jumpa nya.. kalau jumpa pun, pixels dia kecik and akan buatkan gambar tu kabur or pecah..

so dah jumpa design vintage yang berkenan.. bukak guna photoshop and tukar color dia. My theme is Green & Gray.. and start from that, Cik Tigger dah berjaya siapkan sendiri.. hasilnya? nah.. untuk tatapan semua..

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang


Cik Tigger mengambil masa untuk 2 hari untuk siap mendesign kad, map and bunting..

Map Dewan Guthrie Bukit Jelutong tu, Cik Tigger buat sendiri tau.. mengambil masa sehari untuk melukis jalan tu.. payah bebeno... hohoho.. so, to those yang nak softcopy map tu, boleh mintak dengan Cik Tigger ye.. Dont Worry, tiada bayaran yang dikenakan..

Then kad ni pon dah siap di email kepada serichetak and dia orang kata, within 1 week kad akan siap! seronoknya.. tak sabar nak pos kad comel ni.. huhuhu..
Read More

Mini Jar untuk Goddie Bag

untuk goddie bag yang akan di berikan kepada guest nanti, cik tigger dah decide nak bagi something in jar. Mula-mula fikir nak letak chocolate chips cookies.. Tapi malas pulak nak membakarnya nanti.. nak order, opkos la nanti kos akan meningkat pulak kan.. almaklumlah, cik tigger ni pengantin budget! haha..

so cancel letak cookies, and the google.. jumpa pulak cake in a jar! waah.. sangat menarik! Then mula mencari segala macam details untuk menghasilkan idea yg jarang di temui di kenduri walimah kan.. tapi... hasil survey mengatakan, agak expensives la pulak.. satu jar tu dalam rm5.. erks.. pengsan jap!

Cake in a Jar by babble.com
then terfikir nak bagi Jam in Jar je.. senang je... jumpa yang jual by FRIM dalam Rm1.50 satu botol kecik.. ok la.. still in budget lagi.. tapi macam tak best je kan.. so buang idea tu dalam my list..

So, pencarian di teruskan.. apa ye nak letak dalam jar ni.. tapi last2 my future akak ipar told me that dia nak order mini muffin. So she asked nak if i intrested tak nak bg mini muffin to the guest.. so setelah di fikir2.. on je la letak mini muffin in a jar.

Mini Muffin in a Jar
so settle masalah nak bagi apa kat my guest nanti.. so then pencarian Jar pula bermula!

Mula-mula terbaca satu blog ni.. Blog kepunyaan Cik Lijah.. nama blog dia non-cinderella-story.. tgk dia ada bagi review pasal beli jar dekat Quality Pack.

Then ada la tanya pasal jar tu dekat website tu. Tanya guna email je. Dia bagi 240g if nak beli 1000pcs dapat RM0.685.  ok la kan.. ingatkan jar tu satu dah lebih rm1.. murah rupanya! haha..

then tak terus la place an order.. haruslah membuat perbandingan harga dulu.. then start la dengan bantuan En Google.. mula mengoogle supplier untuk glass products. And jumpa satu.. Dari Glass And Plastic - Polyclass . Then buat perbandingan harga and found out that dekat sini dapat bekas 100ml, if purchase 1000pcs hanya rm0.60... so kan dah jimat 8 sen tu.. 8 sen tu kalau 1000 kan dah jimat 80 hengget.. hahaha

kedai ni kat kota damansara.. details on their business... boleh tekan kat website tu and bace sendiri ye..

*happy hunting semua!
Read More

Dewan Guthrie Sime Darby, Bukit Jelutong (II)

Masih belum habis lagi nak story pasal Dewan Guhtrie kat Bukit Jelutong ni..

Hari tu masa 1hb Febuari 2012, Jatuh hari wilayah.. so memang kena sangat la untuk Cik Tigger and En Pingu nak settle kan beberapa hal berkaitan majlis kami ni. Kebetulan kami berdua ni kerja di wilayah, so apalagi, cuti la kan.. and kebetulan pulak, segala urusan majlis ni, person in charge dia dekat area selangor.. So dia org kerja, kami cuti..so memang kena sangatlah kan kalau nak settle kan apa-apa yang patut.

So, during that day Cik Tigger dah set kan nak settle pasal Dewan and Pakej Perkahwinan tu.

So, Cik Tigger called En Jasni, the person in charge yang uruskan pasal Dewan Guhtrie ni. En Jasni ni dah 9 tahun menguruskan dewan ni (based on his story la).. Kalau over the phone, en jasni ni tersangat-sangatlah friendly nye. Then bila jumpa dia face to face pon, sebenarnya dia ni memang sangat friendly!

ingatkan kejap je nak jumpa dengan En Jasni ni. sebab just ingat nak bayar deposit and maybe dia nak terangkan sikit-sikit about this hall.. tapi rupa-rupanya.. settlekan dewan ni je dah makan masa 1 jam 30 minit.. tapi serius, sepanjang perbincangan tu tak terasa pun masa tu lambat berjalan.

So, based on the conversation we had..

Sewa Dewan is RM1300. Tapi, dia sangat worth it. sebab kita bukan sahaja dibenarkan pakai hall sahaja, but all the compaund and foyer. Pendek kata boleh guna satu building tu.. except tingkat atas la.. sebab dekat atas tu ada tadika kumon!.. and Let say if majlis kita hari sabtu, jumaat after maghrib (by 7.30pm) tu, en jasni dah hand over the key sebab untuk kita punya preparation and etc. IF nak tidur kat dewan tu on that night pun, tiada masalah! Sewa kena bayar sebulan sebelum tarikh majlis.

Deposit is only RM400! tapi the deposit will be returnable.. Ianya akan dipulangkan after the majlis. Kiranya RM400 tu dikira sebagai wang cagaran untuk kebersihan and sekiranya berlaku kerosakan. But, according to En Jasni, selalunya dalam sebulan dua after majlis baru dapat duit tu. Sebab yang handle duit bukan dia.. Sime Darby Property yang uruskan.

Parking Space dia agak limited. Just boleh masuk dalam 30 kereta sahaja. So, according to him juga, if nak reserve parking tu untuk relatives or vip. Just buat je kad and tulis VIP and letak atas dashboard and maklumkan kepada security guard yang jaga during that day. So, security guard hanya akan benarkan kereta yang ada kad itu sahaja untuk parking dalam compaund tu. Untuk guest yang lain, tidak menjadi masalah sebab still boleh parking on the road side. Jalan dia sangat lebar and sangat shaddy.. so selesa jugak la. And plus, kawasan tu tak banyak kereta keluar masuk sebab situ area rumah besar-besar.. so traffic jammed , insya ALLAH, tiada!

Security Guard if nak upah boleh. RM50 seorang. Security guard ini lebih kurang macam anggota RELA. Dia akan pastikan keselamatan majlis and tengok-tengokkan kereta yang di parking tu supaya tidak terjadinya apa-apa yang tidak diingini. And dia juga akan bertanggungjawab untuk mengawal lalu lintas sekiranya sesak.

Keluasan dewan itu adalah 60' x 80' and boleh memuatkan 34 buah meja. Which is meja VIP 10 seater dalam 6 biji and meja other guest 8 seater dalam 28 biji. TAPI if guest ramai, boleh bukak meja luar dewan. Kiranya macam open air lah!. According to En Jasni ni juga, dia pernah jaga dewan tu yang ada guest 2500tetamu..

Scallop if nak bagi mengelakkan ruang dewan tampak kosong, En Jasni ada kawan yang boleh provide scallop tu. Dia caj RM1.50 untuk 1 kaki. So if based on this hall, 60' + 80' + 60' = 200' = RM300.. ni merupakan anggaran kasar saya sendiri ya!

Full Carpet untuk dewan ni dia caj RM450. Tapi itu adalah optional! Ini disebabkan lantai dia dah sangat teruk sedikit. Sebab En Jasni cakap, ada sesetengah caterer luar yang provide kerusi meja, dia akan seret kerusi meja tu atas parquet tu sampai bercalar dah jadinya! So if guest nak nampak cantik, boleh je tambah carpet. Carpet yang akan diprovidekan adalah merupakan warna Dark Gray! And then, carpet ni juga comes with Red Carpet untuk laluan pengantin nanti.

Kerusi Meja tidak disediakan di dalam dewan ni. Tapi if nak sewa dengan En Jasni ni pon, boleh je. Dia Caj RM50 untuk 1 Meja lengkap dengan alas meja, kerusi serta sarung kerusi sekali. Itu untuk guest biasa. En Jasni ni juga ada caj RM300 untuk 6 buah meja VIP 10 seater, 2 meja buffet, 1 meja makan beradap 10 seater.

Antara benda percuma yang diberikan semasa sewa dewan ni, dia akan bagi 3 Industrial Fan, Dewan Fully Air cond, Red Carpet, Meja Cenderahati, Meja Hadiah serta PA System. Yang tak ada cuma white screen and projector untuk buat slide show sahaja!

Dewan ni dilengkapi dengan bilik persalinan ber air cond, tandas dan surau. Tandas ada banyak! kat belakang stage, Kat foyer, Kat tingkat 2. If nak buat barbeque kat sini macam kambing bakar ke apa, memang boleh sangat sebab dia ada lawn dekat belakang and tepi dewan! IF katerer nak main masak-masak kat sini pon boleh tapi tak de la sampai merewang!

Stage untuk pelamin agak mini je.. tak besar and tak tinggi. Rasanya pelamin 3 panel sudah memadai. Tapi nak nampak gah , boleh je guna pelamin 5 panel tu.

So sampai sini sahaja cerita pasal dewan guthrie tu ye. Nanti kalau ada cerita lagi, i update!
Read More

Dewan Guthrie Sime Darby, Bukit Jelutong

Dewan ni dulunya under Guhtrie, tapi telah diambil alih oleh Sime Darby Property. Nama dia orang tak tukar lagi. So if nak tanya pasal dewan ni, kena tanya Sime Darby Property. 

Dulu, Waheeda dan Akhil Hayy melangsungkan perkahwinan mereka di dewan ini!.


beberapa majlis yang telah berjaya dilangsungkan di Dewan Guhtrie Sime Darby, Bukit Jelutong

http://mutiaracatering.blogspot.com

http://puteris.fotopages.com

http://dyatcanopy.blogspot.com


Read More

Pencarian Dewan Majlis Resepsi III

Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat... Akhirnya segala urusan telah dipermudahkan oleh Yang Maha Esa dan Yang Maha Kasih.. riang sangat hati ni bila akhirnya pencarian dewan akhirnya dihentikan!

Hari ni, my aunt call dia suruh i booked Dewan MPAJ, dekat AU5. sebab katanya dewan tu AirCond. Then i pun bukak la website MPAJ and kat situ ada e-tempahan. so tak payah susah nak tanya dewan tu kosong lagi ke apa. boleh tengok kat website tu terus. So, hasil godek-godek kat website tu tengok dewan tu dah di tempah (as expected!).. Then tengok dewan MPAJ ada dewan yang lain. saje je la godek2 tengok dewan-dewan tu. and tengok Dewan Au2 dengan Dewan Cempaka still kosong lagi.

So, after short discussion with my aunt, dia suruh ambil Dewan Cempaka tu sebab landmark dia senang. Dekat dengan Tesco Ampang. so i suruh la en pingu straight away ke MPAJ untuk lock tarikh dekat dewan tu.

Tiba2, i dapat called dari En Jasni.. Well, he is the person in charge for Dewan Guhtrie Bukit Jelutong tu. I memang berkenan betul dengan PR dia sebab sangat-sangat friendly! dia tanya i jadi ke tak nak booked the hall on Sept 9. So i straight away kata tak jadi (sebab majlis dah sekali kan on 16 Sept) and tanya dia if possible i nak on 16th September.. Dia terus cakap..

"kau memang bertuah.. aku call kau ni pun sebab tu la.. nak tanye kau jadi ke tak. sebab ada orang baru call aku ni kata nak cancel on 16th Sept tu.. So kalau kau nak. aku terus lock je tarikh ni untuk kau"

and i was really excited la kan.. terus cakap dengan En Jasni tu.. nanti saya call en jasni balik.. bagi saya pikir balik.. then dia kata, if ada orang nak.. aku terus bagi.. kalau kau nak, cakap cepat2..

and i straight away call en pingu.. en pingu ni pulak dah dekat MPAJ untuk lock dewan cempaka tu. Naseb baik dia tak buat bayaran lagi! i cakap hold!! jangan bayar.. i nak dewan guhtrie ni!! then i call my aunt cakap dewan cempaka ni kipas and dewan guthrie ni air cond.. but kat shah alam la.. (which previously, dia orang memang nak buat area KL punya dewan je..).. then my aunt tanya sewa dia brape , and i just said lebih kurang Dewan MPAJ ni jugak la. so my aunt said, then proceed je la.. shah alam pun shah alam je la..

after that i called my mom lak.. cerita sedikit sebanyak kat my mom and my mom cakap.. "if aunty dah cakap ok.. ok je la.. proceed je la.. kuasa veto is on her hand".. then i cakap la.. eyh.. bukan mak pengantin ke yang ada kuasa veto? but she just said.. nope.. everytime will always her pun kan.. (memang kuasa veto is on my aunt punya kata akhir.. same goes to all my relatives punya wedding.. dia yang decide the final decision!!)

then, i called balik En Jasni tu and cakap i nak locked tarikh 16th September tu. The En Jasni buat lawak dalam dialek tionhua cakap "lu jangan maen tarik-tarik tali lagi haaa"... hehehe.. so funny!..

so, im going to meet En Jasni on this Wednesday sebab hari tu i cuti sebab jatuh Hari Wilayah and En Jasni tak cuti.. so memang kena sangat la i boleh jumpa dia kan!!

syukur alhamdulillah.. dewan yang i nak sangat tu.. berjaya i dapatkan..

gambar ni i cilok dari google je

so, Dewan Guhtrie Bukit Jelutong, wait for me ya!!

Credits to : http://mckk9498.wordpress.com/2009/12/
Read More

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena