Our Journey to The Big Day

Tepak Sireh

MASYARAKAT Melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi bahasa. Malah, kaya juga dengan adat istiadat budaya dalam menjalani kehidupan seharian. Adat lebih diutamakan, bak kata pepatah ‘biar mati anak jangan mati adat’, lebih-lebih lagi ketika mengadakan majlis meminang, bertunang dan pernikahan.

Bagi mendahului upacara merisik, tunang dan nikah, masyarakat Melayu menggunakan tepak sirih sebagai pembuka kata. Tidak kurang juga, tepak sirih dikategorikan sebagai ‘kepala’ atau ibu kepada barang hantaran untuk majlis pertunangan dan pernikahan yang lain. 


lately ni, bakal-bakal pengantin sudah jarang menggunakan atau memberi tepak sireh sebagai hantaran. Rata-rata diaorang lebh-ih gemar memberi sireh junjung yang boleh digubah cantik. But for me, saya masih lagi sukar kan yang tradisional sebegini. Namun, pemberian tepak sireh selalunya di berikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. So, terpaksalah request kepada my bakal suami bagi saya tepak sireh instead of sireh junjung.. Jom kita layan beberapa tepak sireh yang sangat classy ini... (by the way, if dekat rumah tak de tepak sireh and nak save budgjet dari membeli tepak sireh ni, google sahaja dengan keyword, "sewa tepak sireh".. berlambak ada.. "









0 comments:

Post a Comment

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena