Our Journey to The Big Day

Merah Itu Cinta

semalam aku dan bonda pergi ke jakel
tujuan asalnya hanya mahu membeli kain untuk adik aku
dan aku, hanya ingin melihat kain untuk di buat baju
bagi majlis kita berdua untuk hujung tahun ini
majlis mengikat aku untuk disatukan kelak
dan akhirnya, bonda terus membeli kain tersebut
plain chiffon silk menjadi pilihan hati kerana aku hanya mahukan sesuatu yang ringkas
tidak perlu berbling-bling dan berlip lap
namun, pilihan warna yang menjadi persoalan,
kata hati memilih dua warna, kuning-diraja atau merah-menyala.
sampaikan si gadis tukang potong kain pun agak terkejut dengan warna yang berada di fikiranku
katanya selalu orang memilih warna pastel (peach / turqoise/ pink/ cream/ etc)
dan aku katakan, warna tersebut agak bosan.
kelihatan tidak menarik di dalam foto nanti..
setelah di bandingkan kedua warna tersebut dan setelah di acu di badan sendiri
setelah di kritik oleh adik, kakak dan bonda
akhirnya aku memilih

ini untuk bahagian luar (chiffon silk)
ini untuk lining (satin silk)

merah itu hati kita
merah itu darah kita
merah itu cinta kita
merah membara sehangat cinta kita
(semoga berkekalan sehingga ke akhirnya)



0 comments:

Post a Comment

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena