Our Journey to The Big Day

countdown : E-Day


*remaining*
Read More

Hantaran : Perfume For Her

Antara list yang di dalam dulang hantaran For Her, off course la.. Perfume!!

Cik Tigger as usual, yang sangaat cerewet ni.. memang juga agak cerewet dengan pemilihan bau-bauan..

Pencarian perfume di lakukan di Parkson Sunway Pyramid.. nak memudahkan kerja, so just survey perfume set yang dah memang jual one set skali dengan toiletries lain yang salesman (ahkak ahkak) kat sana dah wrap untuk di jadikan hantaran.

Antara beberapa jenis fragrance yang di cuba di hidung adalah DKNY Apple, Britney Spears, J.Lo, CK, Nina Richii, and pelbagai lagi laa.. dah tak terkira.. sampaikan bila ahkak tu nak suh cuba bau yang lain, Cik Tigger mintak bau kopi dulu.. sebab hidung dah tersumbat and dah tak dapat nak bezakan bau-bau tu semua..

Then, dah shortlisted la beberapa jenis perfume which is Nina Richi (ada 3 jenis), Jlo and Britney spears.. Then dah tataw nak decide mana. Sekali cakap dengan Kakak kepada En Pingu, kita pilih botol yang lawa la. Then ternampak pulak perfume Vera Wang! botol dia memang sangat unik la. Then ingat bau dia pelik, skali promoter tu cakap bau dia sedap and terus sembur kat paper tu suruh kita orang try.. and bila bau, YES!! admire terus.. bau dia manis-manis but soft..



ni lah dia.. perfume Vera Wang - Love Struck.  unik kan botol dia. And dia punya set dia bagi 2 types of lotion, satu lotion LoveStruck and another one, Cik Tigger lupa la pulak.. Then 3 perfume yang kecik-kecik tu. That one pon lupa yang mana.. Haha..

Tak sabar lak nak tengok hasil gubahan perfume ni jadi apa! =P
Read More

Hantaran : Handbag For Her

Pencarian untuk melengkapkan dulang for her telah bermula kembali. Itupun selepas kakak En Pingu yang suruh beli barang cepat. Sebab dia dah nak start gubah, tapi barangnya belum di beli! haha.. Demi menjaga hati bakal kakak ipar (ececehhh).. pencarian pun bermula di Sunway Pyramid!

Memandangkan, Cik Tigger ni memang jenis yang gila handbag, so senang je nak cari handbag untuk beliau walaupun sebenarnya dia seorang yang sangat cerewet!! Cik Tigger sukakan handbag yang tidak terlalu besar and tidak terlalu kecik sangat. And benda pertama yang dia lihat adalah bentuk handbag tersebut. Cik Tigger sukakan bentuk handbag yang berbentuk karipap tu. Melengkung di bahagian bawah. Tidaklah petak sangat.. And tali handbag tersebut tidak terlalu pendek dan bukanlah panjang.. Cukup apabila di sarungkan ke tangan, handbag tersebut betul-betul di celah ketiak! haa.. hambekk ko.. detail and cerewet kan!!

tapi. disebabkan cik tigger dah lama mengidam satu handbag ni, so semua benda menjadi mudah. Terus je pergi ke lokasi handbag itu di letakkan dan terus suruk En Pingu bayar. haha.. pemilihan hand bag memakan masa yang kurang daripada 10 minit!! hebatkann!

Handbag Carlo Rino ni, memang dah lama gilaaaa la Cik Tigger mengidam.. nak kata tak de duit nak beli tidak la juga.. Ada je.. Tapi Cik Tigger ni jenis yang kedekut terhadap diri sendiri. Hahaha.. Nak orang yang belikan.. =P

As usual, gambar handbag ni tak de dalam laman En Google.. Gambar original pon tak snap tapi dah bagi pada Kakak En Pingu.. so tunggu dulang hantaran i siap je la ye.. =D
Read More

Hantaran : Kain Nikah & Telekung

Next hantaran list for our E-Day would be Kain Nikah!

Kain nikah ni beli dekat Jakel. Beli yang one set complete for Pengantin Perempuan and Free Kain Baju Melayu.. Free la sangat kan? padahal the cost dah masuk sekali dalam pakej tu. Our theme for nikah, would be WHITE! putih tu kan suci! haha

masa dekat jakel tu, ada la salesgirl tu tanye, kenapa tak nak warna lain. Lari sikit dari warna putih.. tapi we all decide nak putih juga. so pencarian kain pun bermula. and off course, En Pingu hanya mengikut aje Cik Tigger ni punya pilihan. seperti ayat rasmi dia, 'i follow'.. haha.. ye la.. layankan je laaa...

so pilih punya pilih, confuse either nak amek french lace atau chiffon beaded!. but, as usual, me prefer more to SIMPLE.. sebab SIMPLE is NICE..

Kain untuk perempuan we all amek White Chiffon Beaded with With Satin as lining
and untuk lelaki, we all amek Off White Satin .. Then pilih sampin songket putih dengan benang tekad berwarna perak!.

So total Set kain termasuk sampin berjumlah RM540.. Tu pon dah mintak kurang dengan Cik Jurujual.

After that, pergi mencari telekung pula sebagai pelengkap dulang 'For Her'. Telekung ni tak susah nak pilih. Saya pilih kejap je. Cari yang kain dia lembut and sejuk bila di pakai. And lagi satu cari yang kain dia jenis berat supaya dia 'jatuh'. So nanti if solat, bila kena kipas tak de la kain telekung tu mengerbang!!


Gambar lupa nak capture sebab kain nikah dah di bagi pada kakak En Pingu untuk digubah.. tunggu dah siap la ye. haha..
Read More

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena