Our Journey to The Big Day

Hantaran : Handbag For Her

Pencarian untuk melengkapkan dulang for her telah bermula kembali. Itupun selepas kakak En Pingu yang suruh beli barang cepat. Sebab dia dah nak start gubah, tapi barangnya belum di beli! haha.. Demi menjaga hati bakal kakak ipar (ececehhh).. pencarian pun bermula di Sunway Pyramid!

Memandangkan, Cik Tigger ni memang jenis yang gila handbag, so senang je nak cari handbag untuk beliau walaupun sebenarnya dia seorang yang sangat cerewet!! Cik Tigger sukakan handbag yang tidak terlalu besar and tidak terlalu kecik sangat. And benda pertama yang dia lihat adalah bentuk handbag tersebut. Cik Tigger sukakan bentuk handbag yang berbentuk karipap tu. Melengkung di bahagian bawah. Tidaklah petak sangat.. And tali handbag tersebut tidak terlalu pendek dan bukanlah panjang.. Cukup apabila di sarungkan ke tangan, handbag tersebut betul-betul di celah ketiak! haa.. hambekk ko.. detail and cerewet kan!!

tapi. disebabkan cik tigger dah lama mengidam satu handbag ni, so semua benda menjadi mudah. Terus je pergi ke lokasi handbag itu di letakkan dan terus suruk En Pingu bayar. haha.. pemilihan hand bag memakan masa yang kurang daripada 10 minit!! hebatkann!

Handbag Carlo Rino ni, memang dah lama gilaaaa la Cik Tigger mengidam.. nak kata tak de duit nak beli tidak la juga.. Ada je.. Tapi Cik Tigger ni jenis yang kedekut terhadap diri sendiri. Hahaha.. Nak orang yang belikan.. =P

As usual, gambar handbag ni tak de dalam laman En Google.. Gambar original pon tak snap tapi dah bagi pada Kakak En Pingu.. so tunggu dulang hantaran i siap je la ye.. =D

0 comments:

Post a Comment

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena