Our Journey to The Big Day

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


*****************************************

Decision:

The 88th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd October 2009 has discussed the ruling on applying design henna in Islam. The Committee has decided that:

1. Applying henna in both hands and feet is permissible for women, whether for married or non married women as long as it does not open the door to fitna

2. However, the application is limited to wrists and ankles. The colour of henna should not remain permanent as in tattoos and the henna does not contain doubtful ingredients. As for the pattern and design, the permitted designs are leaves and plant designs. Meanwhile, designs of animal, deities or any design contradictory to Islam are prohibited.

3. Application of henna on the both hands and legs of men is not permissible except to a number of fingers of bridegrooms during marriage ceremonies and for medical purpose.


Sumber :


  1. MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.
  2. NOTES BY : IRIS JASNA COLLECTIONS
  3. TELAH MENDALAMI KITAB FIQHUS SUNNAH
  4. TELAH MEMPELAJARI NAHU , SORAF ( tatabahasa arab)
  5. TELAH MEMPELAJARI QOWAIDUL FOQHIYAH ( KITAB CARA-CARA MENETAPKAN HUKUM ISLAM)
  6. TELAH MEMPELAJARI ILMU BALAGHAH ( SASTERA ARAB)
  7. TELAH MEMPELAJARI ILMU SYARIAH
  8. TELAH MEMPELAJARI ILMU USULUDDIN
  9. TELAH MEMPELAJARI KITAB ASBAABUN NUSUL ( KITAB SEBAB-SEBAB TURUNNYA AYAT QURAN)
  10. TELAH MEMPELAJARI ILMU LINGUISTIK ( BAHASA MELAYU)
  11. TELAH MEMPELAJARI DAN MENDALAMI TATABAHASA MELAYU
  12. TELAH MEMPELAJARI ILMU SILAP MATA
  13. TELAH MEMPELAJARI SISTEM PERCUKAIAN MALAYSIA – LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
  14. TELAH MEMPELAJARI SISTEM INSURAN MALAYSIA ( LULUS UJIAN -MALAYSIA INSURANCE INSTITUTE)
  15. TELAH MEMPELAJARI KURSUS ASAS FOTOGRAFI
  16. TELAH MEMPELAJARI TEKNIK-TEKNIK MELUKIS POTRET ( TEORI DAN AMALI)
  17. TELAH MEMPELAJARI TEKNIK-TEKNIK MELUKIS FANTASY LANDSKAP ( TEORI DAN AMALI)
  18. TELAH MENGHADIRI KURSUS : CERTIFIED FINACIAL PLANNER – ANJURAN BANK NEGARA MALAYSIA
  19. TELAH MENGIKUTI KURSUS PENULISAN CERPEN- ANJURAN PERSATUAN PENULIS-PENULIS KELANTAN
  20. TELAH MEMPELAJARI ILMU MUJAROBAT- KAEDAH-KAEDAH PERUBATAN SECARA ISLAM DAN KEBATINAN
  21. DAN BANYAK LAGI KITAB-KITAB MENGENAI ISLAM , BAHASA , SASTERA, KESENIAN, ILMU ASTRONOMI, TAUHID, FARDU AIN, …

WASSALAM.

1 comment:

  1. wow..br ble pki inai cork2 kt tgn..ingt xboleh sb terlalu mengikuti adat india..hehe..btw..do visit n follow me..i da follow n link u..
    http://beeflyingtohoney.blogspot.com/

    ReplyDelete

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena