Our Journey to The Big Day

Pencarian Dewan Majlis Resepsi

Cik tigger agak stress setdikit lately kerana mencari lokasi yang sesuai untuk majlis resepsi yang bakal berlangsung nanti... At this moments, cik tigger dah survey beberapa tempat.. Antaranya ialah :

1. Dewan Bankuasi, Lembaga Getah Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
2. Laman Budaya, Shah Alam
3. Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19, Shah Alam
4. Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Shah Alam
5. Dewan MBSA, Seksyen 11, Shah Alam
6. Tasik Titiwangsa, KL
7. De Palma Hotel, Shah Alam
8. Intekma Resort, Shah Alam


Nnti cik tigger bagi review untuk setiap satunya ok!
Read More

8 PERKARA PERLU DIAMBIL KIRA DALAM Memilih Jurusolek

Memilih jurusolek yang tepat dan yang terbaik untuk hari bahagia tidak semudah yang disangka. Dalam menentukan siapakah yang seharusnya dipilih untuk menyolekkan wajah anda, anda memerlukan cadangan daripada teman atau ahli keluarga yang sudah berpengalaman. Selain itu, satu senarai khas perlu dibuat dalam memastikan setiap perkara yang penting diberi keutamaan. Antaranya termasuklah bajet, harga atau pakej yang ditawarkan, hasil solekan, pengalaman, dan karakter jurusolek.

1. Sebahagian daripada anda berpendapat, karektor seorang jurusolek sangat penting, apatah lagi jika anda seorang yang agak cerewet manakala jurusolek pula memiliki karakter yang bertentangan. Keadaan ini sebenarnya hanya akan menyukarkan kedua belah pihak. Oleh itu, isu yang berkaitan dengan karektor jurusolek sebenarnya amat perlu untuk dititik beratkan.

2. Pemilihan jurusolek perlu dilakukan seawal enam bulan sebelum majlis. Lebih-lebih lagi jika anda mengimpikan jurusolek kegemaran, sudah terkenal atau mempunyai ‘nama’. Kebiasaannya mereka akan ditempah lebih awal oleh bakal pengantin terutama sekali jika majlis dibuat pada musim cuti persekolahan. Jika tempahan dibuat di saat-saat akhir menjelang hari majlis, maka sudah pasti anda akan mendapat jurusolek yang kurang berkenan di hati.

3. Buat pilihan tepat. Selain memerlukan waktu tempahan seawal enam bulan, pemilihan jurusolek juga perlu dibuat dengan teliti. Sila pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda seorang pada tarikh majlis yang sama kerana bimbang dia akan terkejar-kejar dan memberikan hasil yang kurang memuaskan. Bukan sahaja anda tidak berpuas hati, malah sudah pasti penampilan anda tidak kena gaya.

4. Bersikap cerewet juga merupakan satu perkara yang baik kerana hari bahagia tersebut adalah milik anda, bukan orang lain. Namun begitu, biarlah kena pada tempatnya. Anda juga hendaklah mempunyai ilmu yang tinggi dalam memastikan kehendak anda dituruti. Sebagai contoh, anda boleh bersikap cerewet terutama ketika memilih warna solekan dan juga jenis hiasan sanggul mahupun cara pemakaian tudung.

5. Nyatakan secara terus terang perkara yang anda suka dan perkara yang anda tidak suka. Ini amat memudahkan jurusolek untuk merealisasikan penampilan anda seperti yang dikehendaki. Bukan sahaja anda akan berpuas hati, malah jurusolek juga pasti gembira apabila melihat anda gembira. Oleh itu, perbincangan yang telus perlu dibuat sepanjang masa.

6. Bagi menambah ilmu kecantikan di dada, anda perlu banyak membaca dan melihat pelbagai contoh gambar sama ada di Internet mahupun di majalah. Ia pastinya akan memudahkan perbincangan antara anda dan jurusolek.

7. Anda perlu rajin mencari dan membuat perbandingan agar pemilihan anda adalah tepat dan bertepatan dengan kehendak dan sudah semestinya bajet anda.

8. Sebaik-baiknya, cubalah melakukan cubaan solekan dengan jurusolek yang bakal menyolekkan anda. Walau pun terpaksa mengeluarkan duit lebih, sekurang-kurangnya ia pasti berbaloi.

Sumber  : http://www.pesonapengantin.com.my/idea/etika/
Read More

Tema : Merah Jambu

Bilik Pengantin

Buttonaire

Candy Booth

Candy Booth

Goddie Bags

Bridal Bouquet

Guests Book

Guests Book

Kad Jemputan

Mini Pelamin

Mini Pelamin

Mini Pelamin

Pelamin

Bridemaids

Persalinan Songket

Persalinan Songket

Kek Kahwin

Kasut
Read More

Dekorasi Khemah Menggunakan Paper Lantern























Read More

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena