Our Journey to The Big Day

Hantaran : Fresh Flowers

Saya punya hantaran ni, one in a lifetime (means sekali seumur hidup if saya berkahwin hanya sekali la). Sebab dah decided dengan family and my fiancĂ©, untuk bagi hantaran sekali je. Means, hantaran hanya akan ada time bertunang ini sahaja. Esok time nikah, there will be no hantaran at all. Just Mr Pingu datang bawak mas kahwin and something untuk batal air sembahyang je. So with this decission, we all dah berjaya menjimatkan satu kerja.

And then, if nanti time nikah, MAYBE akan di buat di masjid. And usually, barang hantaran tak di benarkan bawak masuk ke dalam masjid. This rules saya tak tahu la apply to all masjid or certain masjid sahaja. Sebab if Masjid SAAS Shah Alam, memang tidak dibenarkan membawa hantaran. Same goes to Masjid As Syakirin, KLCC.. When it comes to my time, maybe akan bernikah di Masjid As-Syakirin sebab dekat dengan dewan tempat bersanding nanti. 

So memandangkan my hantaran hanya sekali, have to buat all out. actually tak de la all out sangat. haha

Unyuk hantaran nanti, Cik tigger memang dah set dalam mind yang nak guna fresh flowers. Sebab senang! just cucuk je. If guna artificial floer lagi susah. Sebab nak kena gubah sana sini supaya dia nampak menarik. Tapi bila guna fresh flowers, percayalah, cucuk kat mana pun, still gubahan tu akan nampak naik. Untuk beginner macam Cik Tigger ni, memang tak ada masalah langsung la..

Mahal?? siapa kata mahal?? tak la!! Kalau nak tau, guna fresh flower lagi murah dari guna artificial flower. Memang la fresh flowers cepat layu, and kita kena gubah malam sebelum event tu. If guna artificial flower dah boleh siap gubah sebulan awal pun tak pe. Then if guna artificial flower, bahan-bahan hiasan tu boleh di simpan and di recycle. If menjalankan perniagaan gubah hantaran memang la worth it if nak recycle balik untuk pelangan lain kan. Or maybe recycle balik untuk kakak / adik yang nak buat majlis nanti-nanti.. Tapi!! nak ke dia orang recycle balik barang hiasan hantaran awak tu? Tak de maknanye~

Serious.. guna fresh flower sangat murah.. If nak lagi jimat, guna bunga yang memang dah kembang macam daisy or gerbera. so pengunaan dia akan kurang di dalam dulang nanti sebab 3 kuntum pun dah nampak penuh.. If guna roses, kena guna more than 5 kuntum untuk memenuhkan hantaran itu. Plus, pengunaan bunga ros ni macam dah common kan.. so try to be different!

For my hantaran, Cik tigger memang dah plan awal-awal memang nak guna gerbera! and my theme is pink&peach. Memang sengaja memilih theme yang lain daripada yang lain dan juga akan kelihatan menyerlah di dalam gambar. Sebab gambar tu akan di tatap sehingga ke akhir usia nanti..

Before beli bunga, off course Cik Tigger survey on the web dulu. Antaranya ialah :


  1. Google Image - Contoh hantaran warna pink&peach
  2. Google Image - hantaran menggunakan bunga gerbera
  3. Estimated dalam satu dulang, max bunga gerbera yang bakal di gunakan.. So based on my random calculation, max bunga gerbera yang akan di gunakan ialah 6 kuntum. So divided by two colors, would be around 3 pink & 3 peach dalam satu dulang. (random estimation)
  4. Calculate total bunga yang akan digunakan bagi total dulang. As for me, 6 kuntum bunga darab dengan 8 dulang (Sebab satu dulang reserve for sireh junjung. Sireh junjung nanti dah banyak bunga and nak guna bunga lain. So tolak dulang ni siap-siap). So total would be around 48 kuntum bunga. 
  5. Google Image : Hand bridal bouquet and tentukan nak yang macam mana. As for me, i decided nak DIY hand bouquet guna bunga carnation. So, estimate maybe 2 dozen carnation (Pink&Peach). 
  6. Google - Pemborong bunga yang available kat Klang Valley. CIk tigger notice ramai yang cakap bunga murah dekat Weng Hoa Florist, Petaling Street (dekat dengan LRT Pasar Seni berdekatan Maybank) dan juga di Floristika, Bangsar. But then Cik Tigger decided pergi yang dekat Petaling Street je. Dia dekat Jalan Hang Lekir. 
  7. Siapkan duit and pergi memborong bunga. 

Based on Cik Tigger punya survey, cik tigger estimate untuk beli fresh flower je maybe dalam RM250++. But then masa pergi kat Weng Hoa Florist tu, memang sangat teruja! Nasib baik dapat parking betul-betul depan kedai tu. Maybe sebab datang pagi kot. around 9am camtu dah ada kat dalam kedai dia. tu pon orang dah ramai. Hasil rambang mata tu, Cik Tigger nak bunga gerbera pink and soft peach. Tapi soft peach tak de. Yang ada warna orange. Tapi ambil juga sebab dah no choice. Nanti lari tema lak kan. 

So, almost sejam gak la dalam florist tu, Cik Tigger berjaya memborong:
  1. 3 paket Pink Gerbera (1 paket ada 10 kuntum)
  2. 3 paket Orange Gerbera (1 paket ada 10 kuntum)
  3. 1 paket Pink Carnation (1 paket ada 24 kuntum)
  4. 1 paket Shocking Pink Carnation (1 paket ada 24 kuntum)
  5. 1 ikat Baby Breath (boleh siapkan 10 dulang sebenarnya)
  6. 1 ikat Yellow Baby Breath
  7. 1 ikat Mostera (ada 10 helai)
  8. 1 paket Sundal Malam / Tuberose (ada dalam 5 kuntum)
  9. 3 span basah
Banyak kan?? Cuba teka brapa?? hahaha.. Well, total keseluruhan bunga di atas adalah berjumlah RM138 sahaja!! murah kannnn~ kalau nak guna artificial flower dah berapa??? reben je dah nak dekat rm 20.. ada bunga2 kristal tu bagai.. kain la.. glue gun la.. dawai la.. jarum peniti la.. and etc.. believe me, it will be more than RM138 yang digunakan untuk beli fresh flower tu!



gambar di atas adalah hasil bunga-bunga yang dibeli.. Ianya adalah untuk 9 dulang hantaran dan juga bunga tangan saya.. itu pun ada lebih lagi.. nanti kita cerita pasal hantaran in detail.. OK?

3 comments:

  1. Kalau tuberoses 5 kuntum berapa?

    ReplyDelete
  2. Sy pun tgh consider nak diy hantaran fully guna baby breath. Tp takut jugak sb ni 1st time nak buat hantaran n xpandai menggubah..

    ReplyDelete

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena