Our Journey to The Big Day

Dewan Guthrie Sime Darby, Bukit Jelutong (III)

Hye all!

I received lots of email tanya pasal number phone En Jasni. The person in charge yang handle the hall based on my previous post pasal details of the hall.
So here you are, number phone En Jasni : 012 9279319

So after this no need to email me asked for his number. Sebab i jarang bukak email.. :)

Hope anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yg diberikan oleh beliau! Trust me! He is a wonderful person inside out!

Read More

Kad Kahwin

Pencarian kad kahwin ni pun actually agak meletihkan juga. For Cik Tigger, i nak kad kahwin yang simple sahaja.

1. No Picture : Sebab sedar diri sendiri tak berapa cantik..
2. Tiada Doa : Sebab nanti kad tu di buang orang juga.. so secara tak langsung doa tu pon di buang ke dalam tong sampah nanti..

Mula-mula survey dekat FB je.. banyak betul kedai kad kahwin yang berbagai.. terpulang nak yang macam mana je.. nak yang ekslusif.. mahal la kan.. tapi orang tengok.. and paling lama simpan pun untuk setahun.. lepas tu di buangnya.. beli la kad harga rm10 sekeping pon.. tetap di buangnya jugak nanti.

Then crossed by dekat FB CeriaKadKahwin.. sangat kenalah dengan nama FB mereka kan. Kad kahwin dia  pun tersangatlah ceria2 belaka. IF dengan dia orang ni.. senang je. Dia ada Pakej untuk 1 color, 2 color atau Full Color.. So paling murah 1 color la kan.. nak lagi ceria amek yang Full Color. Then boleh pilih nak finishing dia, No Finishing tu means kad art260gsm tu sahaja.. If Matte Finishing akan membuatkan kad tu agak berdebu sedikit tetapi hasilnya akan nampak lagi antik and ekslusif... or else amek Gloss Finishing.. nanti akan nampak tu berkilat and tahan air and warna lagi terang.. kalau nak jimat.. amek no finishing pun dah cukup ok.

sepanjang survey cik tigger ni, kad dia orang if 1 color 54sen, 2 color 59sen and 69sen untuk full color.. Tapi itu baru harga kad ye. and harga itu untuk 1000pcs.  Rm30 additional di perlukan untuk 1 map..

then cik tigger tanya la harga untuk 700pcs lak berapa.. surprisingly.. kalau untuk pengantin budget yang cerdik cam cik tigger ni, haruslah membuat pro and cons.. so if 700pcs, harga yang di quote kan ialah 70 sen utk 1 color, 77sen utk 2 color and 91 sen utk full color..

Ok,. skang cik tigger nak ajar matematik ye..

IF, kad utk 2 color, 

700pcs x 0.74 = RM539
1000pcs x 0.59 = RM590

memang la kalau beli 700pcs lagi jimat kan.. tapi if tambah lagi RM51 dapat lagi 300kad... mana satu lagi jimat?? RM51 untuk 300 kad bermakna satu kad jatuh harganya RM0.17!!

So, nasihat Cik Tigger.. its OK if nak jimat.. tapi jangan sampai tertipu!. mungkin anda akan kata, takpelah 300 keping kad tu.. nak buat banyak2 pun untuk apa.. nanti membazir and terbuang jugak.. and my answer... TAK PE je.. buat back up! mana tahu sok lusa kad kawen tak cukup ke kan.. and if banyak lebih pun.. apa salahnya.. buat wallpaper masa kenduri tu nanti.. hahaha.. tak pun.. jadikan TQ Card pun boleh je.. tiasa masalah.. otak harus kreatif dan inovatif!

Habis cerita pasal CeriaKadKahwin ni.. then pergila lah ke KadLestari.com.. memang banyak kan artis2 tempah kad kawen kat situ... but yang bosannya.. bila kita orang2 biasa ni pergi ke kedai dia.. haram eyh dia nak layan.. dia buat derk je.. kita tanya pon dia jawab2 macam tu je.. tak nampak sifat kesungguhan langsung.. so i decided to walk away!

then.. tiba-tiba terfikir nak design sendiri la kad kawen ni.. so my design wouldnt be same as others kan.. and rasanya kalau design sendiri and hantar for printing pon lagi jimat je kan!.

so bermulalah penghasilan kad kawen sendiri.. mula-mula try google kedai yg leh provide untuk printing je.. then terjumpa satu blog ni.. Sericetak.blogspot. actually dia buat business kad kahwin. And i notice harga kad kahwin dia SANGATLAH murah!! terus teruja.. and call person in charge dia and dia cakap boleh if nak design sendiri.. sebab slalunya kalau i survey, dia akan kata.. boleh guna design sendiri tapi dia akan caj rm50 for artwork.. ape jadahnye.. kita yg design, dia lak mintak upah.. siot je!!

so berbalik pada sericetak ni tadi.. dia kata boleh deisgn sendiri and dia orang tolong printkan.. tak de kos tambahan pon.. tapi kalau nak dia org design pun boleh juga.. if dia org designkan pon, still FREE.. and if purchase 1000 kad, dia bagi free satu bunting saiz 2'x5'.. wohooo.. alangkah seronoknya.. so terus google image and cari design kad kahwin..

Cik Tigger memang tengah in love dengan design English Vintage ni.. so apalagi, google image 'vintage wedding invitation card'.. so.. i fall in love with this design:


Then Cik Tigger apa lagi.. adaptasikan sahaja design ni ke kad cik tigger ni.. Mula-mula bukak la deviantart.com.. For those yang tak tahu, deviant art ni banyak sangat koleksi wallpaper yang cantik-cantik.. Dekat google memang tak jumpa nya.. kalau jumpa pun, pixels dia kecik and akan buatkan gambar tu kabur or pecah..

so dah jumpa design vintage yang berkenan.. bukak guna photoshop and tukar color dia. My theme is Green & Gray.. and start from that, Cik Tigger dah berjaya siapkan sendiri.. hasilnya? nah.. untuk tatapan semua..

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang


Cik Tigger mengambil masa untuk 2 hari untuk siap mendesign kad, map and bunting..

Map Dewan Guthrie Bukit Jelutong tu, Cik Tigger buat sendiri tau.. mengambil masa sehari untuk melukis jalan tu.. payah bebeno... hohoho.. so, to those yang nak softcopy map tu, boleh mintak dengan Cik Tigger ye.. Dont Worry, tiada bayaran yang dikenakan..

Then kad ni pon dah siap di email kepada serichetak and dia orang kata, within 1 week kad akan siap! seronoknya.. tak sabar nak pos kad comel ni.. huhuhu..
Read More

Mini Jar untuk Goddie Bag

untuk goddie bag yang akan di berikan kepada guest nanti, cik tigger dah decide nak bagi something in jar. Mula-mula fikir nak letak chocolate chips cookies.. Tapi malas pulak nak membakarnya nanti.. nak order, opkos la nanti kos akan meningkat pulak kan.. almaklumlah, cik tigger ni pengantin budget! haha..

so cancel letak cookies, and the google.. jumpa pulak cake in a jar! waah.. sangat menarik! Then mula mencari segala macam details untuk menghasilkan idea yg jarang di temui di kenduri walimah kan.. tapi... hasil survey mengatakan, agak expensives la pulak.. satu jar tu dalam rm5.. erks.. pengsan jap!

Cake in a Jar by babble.com
then terfikir nak bagi Jam in Jar je.. senang je... jumpa yang jual by FRIM dalam Rm1.50 satu botol kecik.. ok la.. still in budget lagi.. tapi macam tak best je kan.. so buang idea tu dalam my list..

So, pencarian di teruskan.. apa ye nak letak dalam jar ni.. tapi last2 my future akak ipar told me that dia nak order mini muffin. So she asked nak if i intrested tak nak bg mini muffin to the guest.. so setelah di fikir2.. on je la letak mini muffin in a jar.

Mini Muffin in a Jar
so settle masalah nak bagi apa kat my guest nanti.. so then pencarian Jar pula bermula!

Mula-mula terbaca satu blog ni.. Blog kepunyaan Cik Lijah.. nama blog dia non-cinderella-story.. tgk dia ada bagi review pasal beli jar dekat Quality Pack.

Then ada la tanya pasal jar tu dekat website tu. Tanya guna email je. Dia bagi 240g if nak beli 1000pcs dapat RM0.685.  ok la kan.. ingatkan jar tu satu dah lebih rm1.. murah rupanya! haha..

then tak terus la place an order.. haruslah membuat perbandingan harga dulu.. then start la dengan bantuan En Google.. mula mengoogle supplier untuk glass products. And jumpa satu.. Dari Glass And Plastic - Polyclass . Then buat perbandingan harga and found out that dekat sini dapat bekas 100ml, if purchase 1000pcs hanya rm0.60... so kan dah jimat 8 sen tu.. 8 sen tu kalau 1000 kan dah jimat 80 hengget.. hahaha

kedai ni kat kota damansara.. details on their business... boleh tekan kat website tu and bace sendiri ye..

*happy hunting semua!
Read More

Dewan Guthrie Sime Darby, Bukit Jelutong (II)

Masih belum habis lagi nak story pasal Dewan Guhtrie kat Bukit Jelutong ni..

Hari tu masa 1hb Febuari 2012, Jatuh hari wilayah.. so memang kena sangat la untuk Cik Tigger and En Pingu nak settle kan beberapa hal berkaitan majlis kami ni. Kebetulan kami berdua ni kerja di wilayah, so apalagi, cuti la kan.. and kebetulan pulak, segala urusan majlis ni, person in charge dia dekat area selangor.. So dia org kerja, kami cuti..so memang kena sangatlah kan kalau nak settle kan apa-apa yang patut.

So, during that day Cik Tigger dah set kan nak settle pasal Dewan and Pakej Perkahwinan tu.

So, Cik Tigger called En Jasni, the person in charge yang uruskan pasal Dewan Guhtrie ni. En Jasni ni dah 9 tahun menguruskan dewan ni (based on his story la).. Kalau over the phone, en jasni ni tersangat-sangatlah friendly nye. Then bila jumpa dia face to face pon, sebenarnya dia ni memang sangat friendly!

ingatkan kejap je nak jumpa dengan En Jasni ni. sebab just ingat nak bayar deposit and maybe dia nak terangkan sikit-sikit about this hall.. tapi rupa-rupanya.. settlekan dewan ni je dah makan masa 1 jam 30 minit.. tapi serius, sepanjang perbincangan tu tak terasa pun masa tu lambat berjalan.

So, based on the conversation we had..

Sewa Dewan is RM1300. Tapi, dia sangat worth it. sebab kita bukan sahaja dibenarkan pakai hall sahaja, but all the compaund and foyer. Pendek kata boleh guna satu building tu.. except tingkat atas la.. sebab dekat atas tu ada tadika kumon!.. and Let say if majlis kita hari sabtu, jumaat after maghrib (by 7.30pm) tu, en jasni dah hand over the key sebab untuk kita punya preparation and etc. IF nak tidur kat dewan tu on that night pun, tiada masalah! Sewa kena bayar sebulan sebelum tarikh majlis.

Deposit is only RM400! tapi the deposit will be returnable.. Ianya akan dipulangkan after the majlis. Kiranya RM400 tu dikira sebagai wang cagaran untuk kebersihan and sekiranya berlaku kerosakan. But, according to En Jasni, selalunya dalam sebulan dua after majlis baru dapat duit tu. Sebab yang handle duit bukan dia.. Sime Darby Property yang uruskan.

Parking Space dia agak limited. Just boleh masuk dalam 30 kereta sahaja. So, according to him juga, if nak reserve parking tu untuk relatives or vip. Just buat je kad and tulis VIP and letak atas dashboard and maklumkan kepada security guard yang jaga during that day. So, security guard hanya akan benarkan kereta yang ada kad itu sahaja untuk parking dalam compaund tu. Untuk guest yang lain, tidak menjadi masalah sebab still boleh parking on the road side. Jalan dia sangat lebar and sangat shaddy.. so selesa jugak la. And plus, kawasan tu tak banyak kereta keluar masuk sebab situ area rumah besar-besar.. so traffic jammed , insya ALLAH, tiada!

Security Guard if nak upah boleh. RM50 seorang. Security guard ini lebih kurang macam anggota RELA. Dia akan pastikan keselamatan majlis and tengok-tengokkan kereta yang di parking tu supaya tidak terjadinya apa-apa yang tidak diingini. And dia juga akan bertanggungjawab untuk mengawal lalu lintas sekiranya sesak.

Keluasan dewan itu adalah 60' x 80' and boleh memuatkan 34 buah meja. Which is meja VIP 10 seater dalam 6 biji and meja other guest 8 seater dalam 28 biji. TAPI if guest ramai, boleh bukak meja luar dewan. Kiranya macam open air lah!. According to En Jasni ni juga, dia pernah jaga dewan tu yang ada guest 2500tetamu..

Scallop if nak bagi mengelakkan ruang dewan tampak kosong, En Jasni ada kawan yang boleh provide scallop tu. Dia caj RM1.50 untuk 1 kaki. So if based on this hall, 60' + 80' + 60' = 200' = RM300.. ni merupakan anggaran kasar saya sendiri ya!

Full Carpet untuk dewan ni dia caj RM450. Tapi itu adalah optional! Ini disebabkan lantai dia dah sangat teruk sedikit. Sebab En Jasni cakap, ada sesetengah caterer luar yang provide kerusi meja, dia akan seret kerusi meja tu atas parquet tu sampai bercalar dah jadinya! So if guest nak nampak cantik, boleh je tambah carpet. Carpet yang akan diprovidekan adalah merupakan warna Dark Gray! And then, carpet ni juga comes with Red Carpet untuk laluan pengantin nanti.

Kerusi Meja tidak disediakan di dalam dewan ni. Tapi if nak sewa dengan En Jasni ni pon, boleh je. Dia Caj RM50 untuk 1 Meja lengkap dengan alas meja, kerusi serta sarung kerusi sekali. Itu untuk guest biasa. En Jasni ni juga ada caj RM300 untuk 6 buah meja VIP 10 seater, 2 meja buffet, 1 meja makan beradap 10 seater.

Antara benda percuma yang diberikan semasa sewa dewan ni, dia akan bagi 3 Industrial Fan, Dewan Fully Air cond, Red Carpet, Meja Cenderahati, Meja Hadiah serta PA System. Yang tak ada cuma white screen and projector untuk buat slide show sahaja!

Dewan ni dilengkapi dengan bilik persalinan ber air cond, tandas dan surau. Tandas ada banyak! kat belakang stage, Kat foyer, Kat tingkat 2. If nak buat barbeque kat sini macam kambing bakar ke apa, memang boleh sangat sebab dia ada lawn dekat belakang and tepi dewan! IF katerer nak main masak-masak kat sini pon boleh tapi tak de la sampai merewang!

Stage untuk pelamin agak mini je.. tak besar and tak tinggi. Rasanya pelamin 3 panel sudah memadai. Tapi nak nampak gah , boleh je guna pelamin 5 panel tu.

So sampai sini sahaja cerita pasal dewan guthrie tu ye. Nanti kalau ada cerita lagi, i update!
Read More

Dewan Guthrie Sime Darby, Bukit Jelutong

Dewan ni dulunya under Guhtrie, tapi telah diambil alih oleh Sime Darby Property. Nama dia orang tak tukar lagi. So if nak tanya pasal dewan ni, kena tanya Sime Darby Property. 

Dulu, Waheeda dan Akhil Hayy melangsungkan perkahwinan mereka di dewan ini!.


beberapa majlis yang telah berjaya dilangsungkan di Dewan Guhtrie Sime Darby, Bukit Jelutong

http://mutiaracatering.blogspot.com

http://puteris.fotopages.com

http://dyatcanopy.blogspot.com


Read More

Pencarian Dewan Majlis Resepsi III

Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat... Akhirnya segala urusan telah dipermudahkan oleh Yang Maha Esa dan Yang Maha Kasih.. riang sangat hati ni bila akhirnya pencarian dewan akhirnya dihentikan!

Hari ni, my aunt call dia suruh i booked Dewan MPAJ, dekat AU5. sebab katanya dewan tu AirCond. Then i pun bukak la website MPAJ and kat situ ada e-tempahan. so tak payah susah nak tanya dewan tu kosong lagi ke apa. boleh tengok kat website tu terus. So, hasil godek-godek kat website tu tengok dewan tu dah di tempah (as expected!).. Then tengok dewan MPAJ ada dewan yang lain. saje je la godek2 tengok dewan-dewan tu. and tengok Dewan Au2 dengan Dewan Cempaka still kosong lagi.

So, after short discussion with my aunt, dia suruh ambil Dewan Cempaka tu sebab landmark dia senang. Dekat dengan Tesco Ampang. so i suruh la en pingu straight away ke MPAJ untuk lock tarikh dekat dewan tu.

Tiba2, i dapat called dari En Jasni.. Well, he is the person in charge for Dewan Guhtrie Bukit Jelutong tu. I memang berkenan betul dengan PR dia sebab sangat-sangat friendly! dia tanya i jadi ke tak nak booked the hall on Sept 9. So i straight away kata tak jadi (sebab majlis dah sekali kan on 16 Sept) and tanya dia if possible i nak on 16th September.. Dia terus cakap..

"kau memang bertuah.. aku call kau ni pun sebab tu la.. nak tanye kau jadi ke tak. sebab ada orang baru call aku ni kata nak cancel on 16th Sept tu.. So kalau kau nak. aku terus lock je tarikh ni untuk kau"

and i was really excited la kan.. terus cakap dengan En Jasni tu.. nanti saya call en jasni balik.. bagi saya pikir balik.. then dia kata, if ada orang nak.. aku terus bagi.. kalau kau nak, cakap cepat2..

and i straight away call en pingu.. en pingu ni pulak dah dekat MPAJ untuk lock dewan cempaka tu. Naseb baik dia tak buat bayaran lagi! i cakap hold!! jangan bayar.. i nak dewan guhtrie ni!! then i call my aunt cakap dewan cempaka ni kipas and dewan guthrie ni air cond.. but kat shah alam la.. (which previously, dia orang memang nak buat area KL punya dewan je..).. then my aunt tanya sewa dia brape , and i just said lebih kurang Dewan MPAJ ni jugak la. so my aunt said, then proceed je la.. shah alam pun shah alam je la..

after that i called my mom lak.. cerita sedikit sebanyak kat my mom and my mom cakap.. "if aunty dah cakap ok.. ok je la.. proceed je la.. kuasa veto is on her hand".. then i cakap la.. eyh.. bukan mak pengantin ke yang ada kuasa veto? but she just said.. nope.. everytime will always her pun kan.. (memang kuasa veto is on my aunt punya kata akhir.. same goes to all my relatives punya wedding.. dia yang decide the final decision!!)

then, i called balik En Jasni tu and cakap i nak locked tarikh 16th September tu. The En Jasni buat lawak dalam dialek tionhua cakap "lu jangan maen tarik-tarik tali lagi haaa"... hehehe.. so funny!..

so, im going to meet En Jasni on this Wednesday sebab hari tu i cuti sebab jatuh Hari Wilayah and En Jasni tak cuti.. so memang kena sangat la i boleh jumpa dia kan!!

syukur alhamdulillah.. dewan yang i nak sangat tu.. berjaya i dapatkan..

gambar ni i cilok dari google je

so, Dewan Guhtrie Bukit Jelutong, wait for me ya!!

Credits to : http://mckk9498.wordpress.com/2009/12/
Read More

Pencarian Dewan Majlis Resepsi II

pencarian dewan diteruskan lagi.. nak mencari dewan ni lah yang paling bermasalah sekali.. sebabnya.. bila call semua nya dewan penuh! dah dibook! or else, tak boleh di buat disitu.. seriouslly.. Cik Tigger dah rasa tersangat fed up dah nak mencari dewan ni. Sebabnya, family nak cari area KL which senang and dekat dengan saudara mara.. family sebelah sana pula tak kesah buat kat mana-mana..

Oh ye.. lupa nak bagi tau.. disebabkan untuk penjimatan kos, kami telah sepakat untuk membuat hanya satu majlis sahaja. Kebetulan saudara mara kedua belah pihak kebanyakkannya di dalam lembah kelang dan juga sahabat handai serta rakan sekerja kedua belah pihak pun memang di dalam lembah kelang sahaja. So, untuk penjimatan dan penguncupan bajet, maka kami sepakat untuk pengabungan majlis resepsi.. So haruslah mencari dewan yang sesuai bukan..

so. antara dewan yang telah disurvey..

1. Dewan-dewan DBKL - semuanya fully book!

2. Wisma Sejarah - Fully book juga. Sewa RM1700 with air cond, bilik persalinan and can fit around 30 table..

3. Dewan Centrum Setiawangsa : harga pakej..dalam RM30/pax... sorry.. out of budget!

4. Dewan Puspanita, KL : Sewa dewan sahaja RM8000.. pon sorry.. out of budget

5. Dewan RISDA, Jalan Ampang : Pakej paling murah rm17per pax.. kalau ikutkan still dalam budget. tapi bila fikirkan the hall tak setanding dengan harga dia.. so i cancel!

6. Kg Pengantin : Pakej paling murah dalam rm35/pax.. out of budget!

7. Dewan LJT Wangsa Maju : pakej dalam rm45/pax.. lagilah out of budget

8. The Club @ Bukit Utama : Sewa RM5500+6% govt tax.. tempat sangat cantik and setanding dengan kawasan dia.. tapi fully book

9. Tasik Titiwangsa : so far ok je.. sewa tapak pun murah.. cuma tak de tempat untuk nak beristirehat. kesian nanti kat family members yang ada anak kecil nak tidur and menyusu.. tak de ruang..

10. Tasik Permaisuri : same reason goes macam tasik titiwangsa. Plus, kawasan dia sangat jauh dari parking area and dari parking lot nak ke lokasi tu, jalan dia turun naik bukit.. so tak sesuai untuk my aunts yang ada masalah sakit kaki and etc..

11. Pusat Komuniti Desa Tasik : dekat dengan bandar tasik selatan.. tapi jalan nak masuk dia agak disaster sebab dekat dengan rumah kedai.. scenery was not good!

dan banyak lagi senarai dewan yang telah dicall, di google and dilawati oleh cik tigger dan en pingu tu.. tapi ada je yang tak berkenan di hati..
Read More

Lokasi Garden Wedding di Kuala Lumpur


1. Taman Rimba Bukit Kiara

Taman Rimba Bukit Kiara mempunyai keluasan sebanyak 15.70 hektar atau 38.78 ekar (termasuk kawasan Rumah Panjang), keseluruhan topografi adalah rata manakala pokok-pokok telah sedia ada (dari stok Nurseri FRIM) yang cukup matang. Tapak yang berpotensi dibangunkan sebagai Tama Rimba ini adalah bekas kawasan Nurseri FRIM (Forest Research Institute of Malaysia) yang telah diambil alih oleh Bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan punca peruntukkan dari Bahagian Kemajuan Wilayah, Jabatan Perdana Menteri. Terdapat tiga buah kolam di kawasan ini yang dulunya menjadi sumber siraman pokok dan juga sebagai hiasan.

Waktu operasi: 7.00 pagi - 7.00 malam


Location Map
http://reneemeowwedding.blogspot.com



2. Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan kawasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar dan dibuka dengan rasminya pada 1 Februari 1980 oleh Allahyarham Tun Hussein Onn. Kawasan ini merupakan kawasan yang semulajadi di mana terdapat kolam bekas lombong dan kawasan lapang yang kini di tanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang.


Location Map

http://cheriterazanyra.blogspot.com
(Padang Bola)

http://rassweddings.blogspot.com
(Tanjung - Bekas tapak eye-on-malaysia)

Laman Astka (berhadapan Stadium Titiwangsa)

3. Taman Tasik Manjalara

Keluasan Taman Tasik Manjalara ini ialah 10.6 hektar atau 26.18 ekar. Ia adalah sebuah tasik untuk orang beristirehat dan dilawati serta dikunjungi dari semasa ke semasa yang baru dibina. Taman ini berdasarkan konsep Taman Rekreasi dan tempat riadah.

Taman ini dibina khusus untuk penduduk Taman Manjalara, Bukit Maluri dan kawasan berdekatan dan taman ini adalah berdasarkan konsep rekreasi aktif dengan pelbagai kemudahan rekreasi dan tempat riadah.

Waktu operasi: 7.00 pagi - 7.00 malam

http://athirahamir1881.blogspot.com
Entrance
http://athirahamir1881.blogspot.com
Tapak 

4. Taman Metropolitan Kepong @ Taman Layang Layang

Keluasan Taman Metropolitan Kepong ialah 127 hektar atau 313.70 ekar yang terletak di sebelah utara Kuala Lumpur serta merupakan tapak yang mempunyai kawasan air yang luas.


http://naddynadjanuary.blogspot.com

5. Taman Metropolitan Batu, Sentul

Tapak cadangan projek ini adalah tapak di kawasan Kg. Batu Muda Tambahan. Laluan terdekat adalah Lebuhraya Kuala Lumpur ke Ipoh.

Kawasan ini merupakan satu kawasan strategik bagi tujuan rekreasi yang terletak di utara Wilayah Persekutuan. Projek yang akan dibangunkan adalah dianggarkan seluas 280 ekar atau 113.36 hektar.


http://randshots.blogspot.com

6. Taman Tasik Datuk Keramat

Taman Tasik Datuk Keramat mempunyai keluasan iaitu 6 hektar atau 14.82 ekar. Cadangan Pembinaan Tasik Datuk Keramat ini berlandaskan Konsep Pembangunan seperti menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk orang ramai di sekitar kawasan Datuk Keramat, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan yang berdekatan.


7.  Taman Tasik Permaisuri, Cheras

Taman Tasik Permaisuri mempunyai keluasan kawasan ialah 49.4 hektar atau 122 ekar. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8 pada 2 April 1989. Taman tasik seluas 49.4 hektar ini dibangunkan pada tahun 1984 dan terletak di antara Jalan Budiman dan Jalan Tenteram, Cheras iaitu kira-kira 15 km dari pusat bandar.
http://shazammm.wordpress.com

sericempaka2u.blogspot.com



8. Taman Bukit Jalil

Keluasan Taman Antarabangsa Bukit Jalil adalah seluas 20.23 hektar atau 50 ekar. Ia terletak di kawasan selatan Kuala Lumpur Golf Bukit Jalil. Taman ini mempunyai Komlpeks-kompleks Arca Taman sebanyak 38 lot berasaskan rekabentuk Negara Komanwel. Objektifnya ialah sebagai Taman yang pertaman di Kuala Lumpur semperna Sukan Komanwel 1998 dan memenuhi keperluan rekreasi penduduk setempat malah untuk pengunjung luar Negara dapat melawati di Taman Bukit Jalil.



9. Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras

Taman Pudu Ulu mempunyai kelulusan sebanyak 25.9 hektar atay 64 ekar yang terletak di kawasan Cheras berdekatan Taman Shamelin Perkasa disebelah timur dan bangunan PGRM di sebelah baratnya. Tapak cadangan untuk rancangan Pembangunan Taman Tasik Pudu Ulu terletak di 90A, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Konsep keperluan rekreasi dan beriadah di masa lapang di sekitar Taman Pudu Ulu.





10. Taman Tasik Ampang Hilir

Taman Tasik Ampang Hilir berasal dari sebuah lombong biji timah yang telah ditinggalkan dan telah menjadi kawasan tadahan air. Terletak berhampiran dengan sempadan Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan bersebelahan dengan lebuhraya lingkaran kedua (MRR2) dan Jalan Ampang Hilir. Anggaran keluasan keseluruhan kawasan ini adalah 40 ekar dimana bagi kawasan darat adalah 9.48 ekar manakala anggaran keluasan tasik adalah 30.23 ekar.





******************************************


Bayaran yang dikenakan:
Penggambaran
Satu hari (7.00 pagi - 7.00 petang)RM 400.00
Setengah hari (7.00 pagi - 1.00 tengah hari)RM 200.00
Pagi hingga malamRM 1,000.00
Hari Keluarga/ Majlis Keraian
Perhimpunan tidak melebihi 500 orang
 Sewa 
 Cagaran
RM 100.00
RM 100.00
Perhimpunan 500 - 1000 orang
 Sewa 
 Cagaran
RM 200.00
RM 200.00



Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Unit Rekreasi
Jabatan Landskap dan Rekreasi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 19, Menara DBKL 3,
Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2617 6397
Faks: 03-2698 3850
Read More

Dewan untuk Majlis Resepsi

Ok.. Sekarang, mari kita bercerita mengenai pencarian dewan yang telah di lakukan oleh Cik Tigger di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.. (mostly memang area shah alam la kan.. )

1. Dewan Bankuasi, Lembaga Getah Malaysia, Jalan Ampang 


Landmark dewan ni mudah sangat-sangat which is depan KLCC.. betul-betul depan KLCC tu. So after wedding boleh pergi photoshoot kat Taman KLCC. And nikah pon boleh buat kat Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

Dewan ni actually family and sedara mara cik tigger panggil as 'dewan turun temurun'. Manakan tidak, di dewan ini lah saudara mara dan kakak-kakak cik tigger melangsunkan hari bersejarah mereka. Aunty cik tigger yang kerja kat Lembaga Getah Malaysia ni. So, sedikit sebanyak kita orang dapatlah staff discount kan. Dulu (before 2011) Dewan ni can fit dalam 15-16 buah meja bulat for 10 seater and sebelah dia ada bilik VIP. Selalunya dekat bilik VIP tu lah tempat all the saudara mara berkumpul and make-up session di lakukan. But starting from 2011, pihak pengurusan dah buka dinding yang jadi pemisah antara main hall dengan bilik VIP. So, start 2011 dewan tu no longer ada bilik VIP. And now, dewan tu can fit dalam 20 buah meja bulat 10 seater.

Harga Sewa dewan : Dulu, before 2009, if not mistaken harga sewa dewan dalam RM500 per day (guna staff price my aunty la kan). Which is so cheap la kan sebab dewan tu aircond. But now, when it comes to my time, sewa dewan sekarang adalah RM200/hour and RM50/hour for preparation. And then, my cousin yang nak kahwin juga this coming March, told me that the management charger her RM1500 for the hall, dari pagi sampai ke petang. Preparation on the night before dia tak kira..

Parking : memang sangat mudah la. Sebab office building kan..So parking memang sangat banyak if buat time weekend sebab staff tak datang kerja.. But for every guest yang datang, parking will be charged RM3 per entry. Before this parking free if kita just cakap nak attend wedding.

So, i found out that the hall price already increasing. Parking pun kena bayar. Then bila dia dah bukak VIP room tu, the main hall memang nampak besar than before, but i found that it was too packed and bila guest sampai it will become too crowded. Plus make up room pun dah tak. If nak make up and tukar baju, management akan bukak one small room kat Theathre Room. and the entrance to the hall hanya ada satu pintu and the walkaway to the dais dalam 20meter je which is sangat2 compact jadinya. Pintu entrance pun kecil and terus jumpa lift so tak perasan siapa yang baru sampai, siapa yang dah nak balik and etc..

Actually, cik tigger dah bayar pon booking for this hall. Tapi bila baru-baru ni attend my cousin punya wedding, terus ada second thought untuk buat kat sini. Family cik tigger dan Mr pingu boleh tahan ramai jumlahnya. And if only can fit 20table, maybe saudara mara je dah half of the hall.. and saudara mara pun jenis yang duduk tak bangun-bangun kan.. Guests lain nak masuk nanti takut tak cukup seat.

Person in charge for this hall is Uncle Azman (03-21711177). Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan katering and pelamin.

Gambar bawah ni overall view of Dewan Bankuasi, LGM tu. This one during my cousin punya solemnization. The mini pelamin and caterer provided by Uncle Azman.

Dewan Bankuasi, Lembaga Getah Malaysia


2. Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam


For those yang sukakan Garden Wedding, The venue should be OK.. Sebab Laman Budaya ni betul-betul dekat Taman Tasik Shah Alam tu.

Sewa dia, RM1000 per day.. Tapi kena ambil dia punya panel caterer. Sewa dewan akan di include skali dengan bilik persalinan and PA System. Tapi bahagian pentas boleh fit dalam less than 100 pax.. Then bahagian atas and bawah, kena add in khemah which kalau ramai guest, banyak la khemah kena add in.. And one khemah is RM300.. Max guest can fit in one time dalam 2000 pax.

Pasal tarikh pulak, the management said, for 2012, dia orang hanya akan sewa kan until JUNE 2012 only.. After June dia orang akan close for renovation and tempoh renovation tu 'until further notice'.. Memandang kan saya punya majlis on September, so lokasi ini terpaksa lah di abaikan!

Parking Space agak limited la.. if guest nak datang just park tepi-tepi jalan tu.. and it is FREE as long as tak kena tarik or clamp by MBSA.

ni contoh Laman Budaya punya setting masa majlis resepsi one of my best friends in 2010.




3. Dewan MBSA, Seksyen 19

Dewan ni besar. Saiz dia memuatkan 5 court badminton. Parking space memang sangat banyak. Tapi dewan ni selalunya digunakan untuk kenduri kahwin orang India. Sangat buruk dah bangunan dia..

Sewa dewan RM1000 tak masuk kerusi meja and dewan ni just ada kipas je.. Tak de air cond..

Tarikh yang saya nak, tak de.. Sudah di booking oleh orang lain.

The good things is, dewan ni sangat-sangat dekat dengan rumah my sis.

Contact Num : 0132492932

4. Dewan MBSA, Seksyen 11

Dewan ni is better than dewan Seksyen 19 tu. Parking space tak de la banyak sangat. Building dia still in a good condition.

Dia punya besar, boleh memuatkan 3 court badminton.

Sewa RM1500 untuk dewan sahaja. Tak masuk kerusi meja and dewan ni tak de aircond. Just kipas sahaja. Sewa termasuk dengan PA System dan bilik persalinan.

Tarikh still available lagi.

Person in charge dia Hajah Yani (012228558). If nak jumpa dia kena buat APPOINTMENT dulu.. orangnya, sorry to say, agak sombong sedikit.. bukan apa.. on that night tu, saya saje la drop by kat dewan tu nak tengok and ambil no person in charge. Then jumpa la dia (which by that time, i tak tahu pun dia tu siapa!!).. and tanya lah dekat dia, "if nak tanya pasal dewan ni, dekat siapa ye?".. and dia agak kerek la menjawab "dekat saya.." without any smile AT ALL and pandang pun sebelah mata je.. and i was like "WTF!!".. and saja la nak tanya, sewa dia semua macam mana.. then dia cakap "datang esok boleh.. saya ada orang lain nak jumpa ni.. sebelum dtg buat appointment dulu!!".. hek elleh... nak tanya dewan pon nak kena buat appointment bagai ke?? and bila i nak blah tu, dia buat2 tanya.. nak guna untuk bulan brape? i pon jawab la.. insya ALLAH bulan 9.. then dia terus angguk and buat derk je.. i pon tertanye2 la.. kau tanya aku pastu buat2 bangang.. SUMPAH sakit hati dengan pompuan ni..

5. Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Sime Darby

Dewan ni di suggest oleh my best friends yg kawen dekat laman budaya tu.

And i went to the hall. The building is still in a good condition cuma dia punya parquet tu dah bercalar balar.. well.. what do you expect kan.. community building kan!.

dia punya saix can fit 2 badminton court in parallel. and apa yang buat saya sangat suka dengan this hall ialah, dia punya stage tu tak tinggi sangat.. so tak de lah pelamin tu menjulang ke langgit sangat kan..

parking space.. quite limited.. tapi guests boleh parking kat road side sebab dia punya road side sangatlah lebar and the area tak banyak kereta lalu lalang..

Sewa dia RM1500 without kerusi meja (offcourse) and it comes with AIRCOND!.. Deposit RM400, Termasuk PA System and Bilik Persalinan. Masa pengunaan adalah dari 7.30am - 5ptg.. tapi untuk preparation boleh start masuk after 8pm hari sebelum tu.

Person in charge dia En Jasni.. Mula-mula boleh pre-booked dekat guard yang jaga hall tu and leave your phone number. Then i try to call en jasni few times.. tapi dia tgh on leave.. (al maklumlah.. hujung tahun kan.. ) then few days later, en jasni ni ada call balik.. Dia SANGAT2 friendly over the phone.. dia bagi tahu prosedure semua and etc.

Then balik tu discuss dgn my mom.. unfortunately.. Tentangan daripada my mom.. dia kate that hall jauh.. Jauh dengan sedara (which most of my relatives kat KL).. so bila dah jauh nanti takut orang tak nak datang and etc..

So conclusionnya.. dewan ini juga terpaksa di lupakan... -Mood = FRUST tak hengat nyer

6. Intekma Resort, Shah Alam

saja-saja call this one.. Mana la tahu kot2 boleh guna staff price - UiTM kan.. tapi.. nan hadoo... harga sama je kat semua orang.. staff or tidak..

Tarikh still available.. boleh terus reserve tarikh. But deposit dalam RM500 - RM1000

Contact person : 0355225104

Dia punya pakej ALL IN.. RM50/pax termasuk pelamin, arch, decoration and etc using fresh flower.

Out of budget.. so cancel je..

7. De Palma Hotel, Shah Alam

yang ni pon saja gatal pergi telefon and buat-buat tanye.,, mana lah tau kot-kot murah ke kan.. tapi tetap out of budget.

Pakej ALL IN. RM35000 for 500pax termasuk pelamin, deco main table and etc.

8. Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Final decission.. MAYBE ill go to Tasik Titiwangsa.. Sewa pon sangat2 lah murah.. RM200 sahaja.. OK la tu kan.. RM200 just for the tapak.. khemah, kerusi meja semua bawak sendiri.. sama la juga kes nye kalau sewa dewan tu.. kosong jugak tanpa kerusi meja..

The bad things is.. dia OPEN and if tgh hari off course akan sangat panas.. risiko hujan gak kena ambil kira..

Dekat tasik titiwangsa ni ada beberapa tempat untuk wedding ceremony.. Dekat dengan Astaka (depan stadium badminton), dekat tanjung (bekas tapak eye on malaysia) and dekat tgh2 laman.. (yang ni i tak pergi lagi)..

i was thinking nak book yg dekat dengan tanjung tu.. kawasan dia sgt2 spacious.. but still belum final decission lagi.



so kamu-kamu semua.. please suggest me ONE GOOD place for my reception..
Read More

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena