Our Journey to The Big Day

Lokasi Garden Wedding di Kuala Lumpur


1. Taman Rimba Bukit Kiara

Taman Rimba Bukit Kiara mempunyai keluasan sebanyak 15.70 hektar atau 38.78 ekar (termasuk kawasan Rumah Panjang), keseluruhan topografi adalah rata manakala pokok-pokok telah sedia ada (dari stok Nurseri FRIM) yang cukup matang. Tapak yang berpotensi dibangunkan sebagai Tama Rimba ini adalah bekas kawasan Nurseri FRIM (Forest Research Institute of Malaysia) yang telah diambil alih oleh Bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan punca peruntukkan dari Bahagian Kemajuan Wilayah, Jabatan Perdana Menteri. Terdapat tiga buah kolam di kawasan ini yang dulunya menjadi sumber siraman pokok dan juga sebagai hiasan.

Waktu operasi: 7.00 pagi - 7.00 malam


Location Map
http://reneemeowwedding.blogspot.com



2. Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan kawasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar dan dibuka dengan rasminya pada 1 Februari 1980 oleh Allahyarham Tun Hussein Onn. Kawasan ini merupakan kawasan yang semulajadi di mana terdapat kolam bekas lombong dan kawasan lapang yang kini di tanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang.


Location Map

http://cheriterazanyra.blogspot.com
(Padang Bola)

http://rassweddings.blogspot.com
(Tanjung - Bekas tapak eye-on-malaysia)

Laman Astka (berhadapan Stadium Titiwangsa)

3. Taman Tasik Manjalara

Keluasan Taman Tasik Manjalara ini ialah 10.6 hektar atau 26.18 ekar. Ia adalah sebuah tasik untuk orang beristirehat dan dilawati serta dikunjungi dari semasa ke semasa yang baru dibina. Taman ini berdasarkan konsep Taman Rekreasi dan tempat riadah.

Taman ini dibina khusus untuk penduduk Taman Manjalara, Bukit Maluri dan kawasan berdekatan dan taman ini adalah berdasarkan konsep rekreasi aktif dengan pelbagai kemudahan rekreasi dan tempat riadah.

Waktu operasi: 7.00 pagi - 7.00 malam

http://athirahamir1881.blogspot.com
Entrance
http://athirahamir1881.blogspot.com
Tapak 

4. Taman Metropolitan Kepong @ Taman Layang Layang

Keluasan Taman Metropolitan Kepong ialah 127 hektar atau 313.70 ekar yang terletak di sebelah utara Kuala Lumpur serta merupakan tapak yang mempunyai kawasan air yang luas.


http://naddynadjanuary.blogspot.com

5. Taman Metropolitan Batu, Sentul

Tapak cadangan projek ini adalah tapak di kawasan Kg. Batu Muda Tambahan. Laluan terdekat adalah Lebuhraya Kuala Lumpur ke Ipoh.

Kawasan ini merupakan satu kawasan strategik bagi tujuan rekreasi yang terletak di utara Wilayah Persekutuan. Projek yang akan dibangunkan adalah dianggarkan seluas 280 ekar atau 113.36 hektar.


http://randshots.blogspot.com

6. Taman Tasik Datuk Keramat

Taman Tasik Datuk Keramat mempunyai keluasan iaitu 6 hektar atau 14.82 ekar. Cadangan Pembinaan Tasik Datuk Keramat ini berlandaskan Konsep Pembangunan seperti menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk orang ramai di sekitar kawasan Datuk Keramat, Wangsa Maju dan kawasan-kawasan yang berdekatan.


7.  Taman Tasik Permaisuri, Cheras

Taman Tasik Permaisuri mempunyai keluasan kawasan ialah 49.4 hektar atau 122 ekar. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8 pada 2 April 1989. Taman tasik seluas 49.4 hektar ini dibangunkan pada tahun 1984 dan terletak di antara Jalan Budiman dan Jalan Tenteram, Cheras iaitu kira-kira 15 km dari pusat bandar.
http://shazammm.wordpress.com

sericempaka2u.blogspot.com



8. Taman Bukit Jalil

Keluasan Taman Antarabangsa Bukit Jalil adalah seluas 20.23 hektar atau 50 ekar. Ia terletak di kawasan selatan Kuala Lumpur Golf Bukit Jalil. Taman ini mempunyai Komlpeks-kompleks Arca Taman sebanyak 38 lot berasaskan rekabentuk Negara Komanwel. Objektifnya ialah sebagai Taman yang pertaman di Kuala Lumpur semperna Sukan Komanwel 1998 dan memenuhi keperluan rekreasi penduduk setempat malah untuk pengunjung luar Negara dapat melawati di Taman Bukit Jalil.



9. Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras

Taman Pudu Ulu mempunyai kelulusan sebanyak 25.9 hektar atay 64 ekar yang terletak di kawasan Cheras berdekatan Taman Shamelin Perkasa disebelah timur dan bangunan PGRM di sebelah baratnya. Tapak cadangan untuk rancangan Pembangunan Taman Tasik Pudu Ulu terletak di 90A, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Konsep keperluan rekreasi dan beriadah di masa lapang di sekitar Taman Pudu Ulu.





10. Taman Tasik Ampang Hilir

Taman Tasik Ampang Hilir berasal dari sebuah lombong biji timah yang telah ditinggalkan dan telah menjadi kawasan tadahan air. Terletak berhampiran dengan sempadan Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan bersebelahan dengan lebuhraya lingkaran kedua (MRR2) dan Jalan Ampang Hilir. Anggaran keluasan keseluruhan kawasan ini adalah 40 ekar dimana bagi kawasan darat adalah 9.48 ekar manakala anggaran keluasan tasik adalah 30.23 ekar.





******************************************


Bayaran yang dikenakan:
Penggambaran
Satu hari (7.00 pagi - 7.00 petang)RM 400.00
Setengah hari (7.00 pagi - 1.00 tengah hari)RM 200.00
Pagi hingga malamRM 1,000.00
Hari Keluarga/ Majlis Keraian
Perhimpunan tidak melebihi 500 orang
 Sewa 
 Cagaran
RM 100.00
RM 100.00
Perhimpunan 500 - 1000 orang
 Sewa 
 Cagaran
RM 200.00
RM 200.00



Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Unit Rekreasi
Jabatan Landskap dan Rekreasi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 19, Menara DBKL 3,
Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2617 6397
Faks: 03-2698 3850

0 comments:

Post a Comment

© Cik Tigger dan Mr Pingu, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena